Hutan di negara maju telah pupus Hutan_tropika

Hutan sederhana di negara-negara maju telah lama ditebang. Bagaimanapun orang-orang Barat tidak berminat menanam semula hutan mereka tetapi lebih mendesak negara-negara membangun jangan mengikut jejak langkah mereka yang telah menggersangkan hutan mereka.

Campur tangan negara maju ini sungguh licik sekali. Mereka kelihatan mempunyai satu gerakan besar-besaran dan terancang. Campur tangan mereka dilihat dalam bentuk:

  1. Dasar-dasar yang diputuskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan persidangan peringkat antarabangsa mengenai alam sekitar.
  2. Kesatuan Eropah
  3. Dasar yang diputuskan oleh kerajaan negara maju.
  4. Tekanan dari kesatuan sekerja dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara maju disokong pula oleh kesatuan sekerja dan pertubuhan bukan kerajaan di negara yang terbabit.
  5. Manipulasi oleh media massa asing.
  6. Orang perseorangan seperti Bruno Munser dan Harrison Ngau

Hutan tropika jauh lebih berharga berbanding dengan hutan sederhana dan hutan-hutan lain. Kajian oleh Tabung Hidupan Liar Dunia menunjukkan bahawa hutan tropika mengandungi antara lima hingga 20 kali ganda spesis, pokok berbanding dengan hutan sederhana. Dianggarkan dunia kini mengandungi lima juta spesis hidupan, sama ada tumbuhan mahupun haiwan. Namun demikian, setakat ini hanya 1.75 juta spesis telah dikaji secara terperinci. Daripada jumlah spesis itu, hampir 62 peratus spesis terdiri daripada tumbuh-tumbuhan, 89 peratus spesis serangga dan 90 peratus spesis kera ditemui di hutan tropika.